Rain Tree Rain @ The Era Duta North 1-06, NO 208, Jalan Segambut, Segambut, 51200 Kuala Lumpur.
Rain Tree Rain @ The Era Duta North 1-06, NO 208, Jalan Segambut, Segambut, 51200 Kuala Lumpur.
YCL Herbs kini menyambut ulang tahun penubuhan yang ke-3! Kami menyediakan pakej istimewa ini sempena musim jerebu, untuk menggalakkan lagi ramai orang sediakan Larutan Oral Lan Qin dekat rumah. Ia bantu melegakan simptom ketidakselesaan saluran pernafasan atas, yang disebabkan pencemar dalam jerebu.
Larutan Oral Lan Qin
Sesuai untuk membantu melegakan demam akibat “panas dalaman badan”, sakit tekak, batuk dan kahak berlebihan yang berwarna hijau atau kuning. Ia juga boleh digunakan sebagai sokongan apabila kanak-kanak mengalami penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), serta ketika Influenza A, Influenza B atau COVID-19 yang disertai sakit tekak. Larutan Oral Lan Qin merupakan pilihan yang baik untuk membantu melegakan simptom-simptom tersebut.
Gasty Wei Su Granules
Keracunan Makanan boleh menyebabkan muntah-muntah dan cirit-birit. Selepas mengambil ubat atau menerima rawatan melalui titisan intravena dan keadaan mula pulih, sesetengah orang mungkin mengalami perut kembung dan berangin, hilang selera makan atau ketidakselesaan perut untuk tempoh tertentu. Ini tanda sistem limpa dan perut masih lemah.
Gasty Wei Su Granules boleh membantu memulihkan dan mengawal fungsi perut selepas sembuh dari keracunan makanan
Ia bantu melegakan perut kembung, angin dalam perut, penghadaman yang kurang baik dan ketidakselesaan perut supaya sistem penghadaman dapat kembali berfungsi secara beransur-ansur.
Biasanya, selera makan boleh mula pulih dalam masa 1 hingga 2 hari, selepas ambil Gasty Wei Su Granules !
Zaman kini, ramai orang makan tidak mengikut waktu, menghadapi tekanan kerja yang tinggi serta terlalu banyak duduk dan kurang bersenam. Oleh itu, masalah seperti perut kembung, kerap sendawa dan refluks asid menjadi semakin biasa.
Produk in dah 32 tahun di pasaran, sebanyak 186 penerbitan klinikal mengenai Gasty Wei Su Granules telah dikumpulkan. Ini bukti ia merupakan satu pilihan yang boleh dipercayai untuk membantu mengatasi masalah-masalah tersebut!
Jika perut terasa tidak selesa, jangan terus menahannya. Penjagaan dan rawatan lebih awal dapat membantu tubuh pulih dengan lebih cepat.
Peringatan: Jika anda masih mengalami muntah dan cirit-birit yang teruk, demam, dehidrasi, najis berdarah atau sakit perut yang kuat, jangan hanya bergantung pada produk ini. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor dengan segera.
